SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH

Kutipan Data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) Bilangan 2/2011

Siri kutipan data SPPICTS kali ke 2/2011 telah ditutup pada Jumaat 14/11/2011 yang lepas. Seperti kutipan yang pertama pada awal tahun, kesemua sekolah ahli PKG Kg. Pandan telah berjaya mengisi maklumat tersebut dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT sekolah ahli kerana telah bertungkus lumus mengisi maklumat tersebut. Ini menunjukkan bahawa guru-guru yang telah diberi tanggungjawab ini telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen.

Sekali lagi pihak PKG Kg. Pandan yang diketuai oleh En. Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidijkan serta En. Mohd Seth Bin Yusof, Juruteknik komputer mengucapkan tahniah diatas pencapaian yang gemilang ini. Semoga pencapaian ini akan terus berkekalan untuk tahun-tahun yang akan datang.

JUMLAH SEKOLAH:47
JUMLAH SEKOLAH SIAP MENJAWAB:47
PERATUS SIAP MENJAWAB:100.00 %

Disediakan Oleh:
MSY

LANJUTAN PENGISIAN DATA SPPICTS

Salam 1 Malaysia

Untuk makluman kepada semua sekolah ahli, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Unit Data BTP bersetuju melanjutkan tarikh tutup pungutan ini kepada 14 Oktober 2011, jam 4.00 petang bagi memberi peluang kepada sekolah yang ketinggalan.

Kepada sekolah ahli yang sekiranya masih belum menyelesaikan pengisian ini, bolehlah membuat sedemikian sebelum tempoh yang dilanjutkan tersebut tamat. Disertakan senarai sekolah yang masih belum mencapai tahap 100%.
  1. Sk Pendidikan Khas Jalan Peel
  2. Sk St. Gabriel
  3. Smk Convent Bukit Nanas
JUMLAH SEKOLAH:47
JUMLAH SEKOLAH SIAP MENJAWAB:44
PERATUS SIAP MENJAWAB:93.62 %
    Terima kasih.

    Disediakan oleh
    MSY

    RANGKAIAN INTERNET TM SCHOOL BROADBAND

    Salam 1 Malaysia.

    Kepada semua Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT (GICT), sila berikan maklumbalas berkenaan talian internet TM SCHOOL BROADBAND sekolah anda untuk pihak PKG Kg. Pandan dan BTPNKL membuat tindakan susulan kepada syarikat TM. Sekolah yang tidak melanggan TM SCHOOL BROADBAND atau dulu dikenali sebagai SCHOOLNET, juga boleh memberi maklumbalas dengan memberitahu sekolah anda tidak melanggan rangkaian ini.

    Sekolah yang mempunyai masalah dengan TM SCHOOL BROADBAND samada dari segi fizikal (pemasangan&konfigurasi) ataupun dari segi servis boleh menghantar email@secara bertulis kepada PKG Kg. Pandan dan berikan maklumat seperti:
    1. Tarikh kerosakan
    2. No Log aduan
    3. Jenis kerosakan
    4. Tindakan dari TM
    5. Gambar (jika ada)
    6. Huraian
    Maklumat anda akan membantu kami untuk mewakili anda pada mesyuarat bersama TM nanti.Terima kasih.

    MSY