SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH

Kutipan Data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) Bilangan 2/2011

Siri kutipan data SPPICTS kali ke 2/2011 telah ditutup pada Jumaat 14/11/2011 yang lepas. Seperti kutipan yang pertama pada awal tahun, kesemua sekolah ahli PKG Kg. Pandan telah berjaya mengisi maklumat tersebut dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT sekolah ahli kerana telah bertungkus lumus mengisi maklumat tersebut. Ini menunjukkan bahawa guru-guru yang telah diberi tanggungjawab ini telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen.

Sekali lagi pihak PKG Kg. Pandan yang diketuai oleh En. Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidijkan serta En. Mohd Seth Bin Yusof, Juruteknik komputer mengucapkan tahniah diatas pencapaian yang gemilang ini. Semoga pencapaian ini akan terus berkekalan untuk tahun-tahun yang akan datang.

JUMLAH SEKOLAH:47
JUMLAH SEKOLAH SIAP MENJAWAB:47
PERATUS SIAP MENJAWAB:100.00 %

Disediakan Oleh:
MSY