PROGRAM MEMBACA NILAM 2011

Pengumuman Penting

Penukaran Tempat Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nilam 2011

Dimaklumkan kepada semua Guru Besar/Pengetua dan Perpustakaan Media yang terlibat, majlis penyampaian hadiah bagi program membaca Nilam tahun 2011 yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan Auditorium BTP Mont Kiara, akan ditukarkan ke Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Kepada guru-guru yang terlibat, sila maklumkan perkara ini kepada penjaga atau ibubapa murid yang menerima hadiah pada hari tersebut bagi mengelak sebarang masalah dihari tersebut. Dibawah disertakan lampiran berkenaan pertukaran tempat bagi majlis tersebut.


Terima Kasih.