Foto : Kredit pada UPSP, BTPNWPKL

KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2017

Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sentul, telah berlangsungnya kursus kepada Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) bagi tahun 2017. Ianya dijalankan selama 5 hari bermula pada Isnin 13 Mac hingga 17 Mac 2017 Jumaat. Seramai 61 GPM seluruh Kuala Lumpu dipanggil bagi melengkapi kursus selama 35 jam. Manakala bagi PKG Kg Pandan, pesertanya ialah seramai 13 orang. Pengisian jadual yang padat telah memberi input kepada GPM mengenai pengurusan Pusat Sumber Sekolah mengikut tatacara dan prosedur yang betul dan berkesan. Pihak PKG berharap agar GPM yang telah menghadiri kursus yang panjang ini dapat menjalankan tugas sebagai penyelaras dan pengurus bagi pusat sumber sekolah mengikut etika dan panduan yang telah dipelajari.

BENGKEL DAN KHIDMAT BANTU RANGKAIAN INTERNET

Bertempat di SMK Convent Bukit Nanas, bertarikh pada 21 Februari hingga 23 Februari 2017, telah dijalankan satu bengkel dan khidmat bantu rangkaian internet. Juruteknik komputer (JTK) dan pembantu pegawai teknologi maklumat (PPTM) dari sekolah berhampiran PKG telah dipanggil bagi menghadiri bengkel yang diadakan bertujuan untuk membaikpulih capaian dan rangkaian internet di sekitar sekolah disamping mempelajari dan menguasai teknik-teknik serta cara-cara membuat konfigurasi yang berkaitan. Pihak PKG mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kejayaan juruteknik komputer dan pembantu pegawai teknologi maklumat di atas usaha membantu pihak sekolah menerima capaian internet dengan baik. Diharapkan pihak sekolah dapat menggunakan kemudahan capaian demi pendidikan murid-murid di sekolah.


Tarikh           :        22 Februari 2017
Hari               :       Rabu
Aktiviti       :       Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari / ICT [JKGPBICT] Sekolah Ahli 
                                PKG Kg Pandan Bil 1/2017
Sasaran     :      Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT

Jemputan adalah kepada semua Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT [GPB dan GICT] sekolah ahli. Matlamat utama mesyuarat ini ialah untuk membentangkan hasil analisis dan tindakan beberapa perkara berkaitan pengurusan ict di sekolah masing-masing. Antara isu yang dikupaskan ialah berkaitan keputusan penarafan SSQS 2016, status penerimaan aduan penyelenggaraan peralatan ICT KPM sekolah, keberadaan peralatan ICT seperti Netbook, Chromebook, komputer dan pelbagai lagi. Guru yang hadir juga mencadangkan penyeragaman fail meja yang berfungsi sebagai SOP (standard of procedure) bagi menguruskan perkara berkaitan ict di sekolah. Encik Abd Halim Bin Abu Samah dari Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur turut hadir bersama membincangkan serta menerangkan isu-isu yang dibangkitkan.