RANGKAIAN INTERNET TM SCHOOL BROADBAND

Salam 1 Malaysia.

Kepada semua Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT (GICT), sila berikan maklumbalas berkenaan talian internet TM SCHOOL BROADBAND sekolah anda untuk pihak PKG Kg. Pandan dan BTPNKL membuat tindakan susulan kepada syarikat TM. Sekolah yang tidak melanggan TM SCHOOL BROADBAND atau dulu dikenali sebagai SCHOOLNET, juga boleh memberi maklumbalas dengan memberitahu sekolah anda tidak melanggan rangkaian ini.

Sekolah yang mempunyai masalah dengan TM SCHOOL BROADBAND samada dari segi fizikal (pemasangan&konfigurasi) ataupun dari segi servis boleh menghantar email@secara bertulis kepada PKG Kg. Pandan dan berikan maklumat seperti:
  1. Tarikh kerosakan
  2. No Log aduan
  3. Jenis kerosakan
  4. Tindakan dari TM
  5. Gambar (jika ada)
  6. Huraian
Maklumat anda akan membantu kami untuk mewakili anda pada mesyuarat bersama TM nanti.Terima kasih.

MSY