Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Kutipan SPPICTS 1/2011
Kutipan data SPPICTS kali kedua bagi tahun 2011 telah bermula dari 14 Sept 2011 dan akan tamat pada 8 Okt 2011. Semua medan pengisian diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.

Diharapkan kepada semua Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT sekolah ahli PKG Kg. Pandan agar dapat menyelesaikan data pemantauan ini secepat mungkin dan tidak lagi menunggu disaat-saat akhir seperti mana yang berlaku sebelum ini..

Pihak PKG Kg. Pandan akan memberi bantuan sekiranya diperlukan oleh GPB dan GICT. Juga suka diingatkan, bagi pihak PKG Kg. Pandan,kami akan memberikan info terkini sekolah yang telah selesai dan juga sekolah yang belum selesai dalam blog PKG Kg. Pandan sendiri.

Kerjasama dari pihak tuan/puan sentiasa kami hargai. Sila klik pautan SPPICTS ini untuk terus ke halaman tersebut. I.d pengguna dan kata laluan sama seperti SSQS.

Disediakan oleh:
MSY