Penarafan Tahap Bestari Sekolah yang menggunakan aplikasi SSQS online sudah berjalan selama sembilan hari dari tarikh penarafan iaitu 19 Julai 2010. Dan sehingga ke hari ini 27 hb Julai 2010, sebanyak 95% dari sekolah ahli PKG Kg. Pandan yang masih lagi belum mengisi data SSQS secara online.
Kepada guru yang terlibat di dalam penarafan SSQS,walaupun tarikh tutup bagi penarafan SSQS secara online ini pada 30 Ogos 2010, pastikan anda telah memulakan tugas anda sedikit demi sedikit kerana dikhuatiri jika dilakukan pada saat akhir, berkemungkinan data-data anda tidak dapat di hantar secara online dengan lengkap. Jika anda menghadapi kesulitan bagaimana untuk muat turun borang SSQS, pada halaman utama SSQS, sila klik pada pautan dan muat turun dokumen. Dihalaman tersebut anda boleh membuat muat turun dokumen-dokumen yang anda perlukan.
Diharapkan anda dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pihak PKG Kg. Pandan. Terima Kasih.
Disediakan Oleh:
MSY
12.10 tengahari
Perlawanan Bola Sepak PKGKP FC menentang PKG Ampang
Pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 telah berlangsung satu perlawanan bola sepak di antara Pasukan PKGKP FC menentang Pasukan PKG Ampang, Selangor. Perlawanan ini diadakan di Padang SK Pandan Indah. Keputusan perlawanan ini telah memihak kepada Pasukan PKGKP FC dengan jaringan 2-0. Perlawanan ini diadakan hasil inisiatif PKG Kg.Pandan, Kuala Lumpur bersama PKG Ampang, Selangor. Cenderamata kenang-kenangan telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan kepada wakil kedua-dua pasukan sebagai tanda penghargaan. Keputusan perlawanan tidak menjadi ukuran kepada kedua - dua pasukan namun hubungan silaturrahim yang terjalin diharapkan akan terus berkekalan dan berpanjangan. Pihak pengurusan PKG Kg. Pandan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua dua pasukan yang telah menunjukkan kerjasama, komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi bagi menjayakan aktiviti pada kali ini.
Pada 1 Ogos 2010, Pasukan PKGKP FC juga telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Pasukan Taman Muda di Kompleks Sukan Cochrane. Perlawanan ini telah dimenangi oleh Pasukan PKGKP FC dengan jaringan 4-2. Tahniah kepada semua pemain.
Disediakan oleh : MFM
Penarafan Sekolah Menggunakan SSQS
Penarafan tahap bestari sekolah menggunakan Aplikasi SSQS Online akan berlangsung dari 19 Julai Jam 10.00 pagi hingga 30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta untuk menggambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang masalah. Jika mempunyai sebarang masalah, sila hubungi PKG Kg. Pandan dengan kadar segera.Harap maklum.
Disediakan oleh MFM
Disediakan oleh MFM
BENGKEL PENYEDIAAN BAHAN CERDIKNET
Bermula 19 hingga 23 Julai 2010, satu bengkel telah dianjurkan oleh BTPNKL yang melibatkan semua PKG bagi menyelaras dan menghasilkan bahan untuk diterbitkan di dalam portal CerdikNet. Ahli kumpulan PKG Kg. Pandan terlibat untuk membangunkan bahan matapelajaran Geografi Menengah Rendah. Penghasilan bahan untuk Portal CerdikNet diharapkan akan dapat membantu guru-guru dan pelajar untuk mengunapakai bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara percuma khususnya bagi mereka yang berada di seluruh Kuala Lumpur
Disediakan oleh MFM
Disediakan oleh MFM
Pasukan Bola Sepak PKGKP FC

Pasukan Bola Sepak PKGKP FC telah ditubuhkan pada 13 Julai 2010 dan diletakkan di bawah Biro Kebajikan dan Sosial, Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKGKP bagi Sessi 2010/2012. Pemain bagi pasukan PKGKP FC adalah terdiri daripada guru-guru Sekolah Ahli PKGKP. Latihan harian pasukan diadakan di padang Kompleks Seri Bintang, Taman Shamelin Perkasa. Bagi menguji kekuatan dan persefahaman antara ahli pasukan, pada 16 Julai 2010 telah diadakan satu perlawanan persahabatan diantara PKGKP FC menentang Jemaah FC di padang Kompleks Sukan Cochrane dan telah dimenangi oleh PKGKP FC dengan jaringan 3-2. Bagi yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan bolehlah menghubungi En. Mohd Fakruddin bin Musa di talian 03-92830550. Dengan tertubuhnya pasukan ini diharapkan akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah di antara guru-guru khususnya bagi Sekolah Ahli PKGKP.
Disediakan oleh MFM
Disediakan oleh MFM
Taklimat Promosi BTPNKL
14 Julai 2010 bertempat di Bilik Seminar PKG Kg.Pandan berlangsung Kursus Memperkasakan Pedagogi Sains Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Kursus ini berlangsung dari 13 hingga 15 Julai 2010 dan di sertai seramai 54 orang guru dari sekolah rendah zon pudu. Bagi tujuan promosi BTPNKL PKGKL, En. Mohd Fakruddin bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan PKGKP telah menggambil kesempatan untuk menyampaikan taklimat promosi BTPNKL kepada peserta kursus. Taklimat ini diharapkan akan dapat memberi pendedahan terhadap fungsi dan peranan BTPNKL dan PKG secara jelas.
Disediakan oleh : MFM
Disediakan oleh : MFM
Mesyuarat Agung J/Kuasa Pengurusan Aktiviti PKGKP Sesi 2010/2012
12 Julai 2010, bertempat di Bilik Seminar PKGKP telah berlangsung Mesyuarat Agung Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Kg. Pandan bagi sesi 2010/2012. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh En. Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL dan En. Zainuddin bin Hj. Othman, Penolong Pengarah BTPNKL. Pihak Jawatankuasa merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah dan En. Zainuddin bin Hj. Othman di atas kesudian untuk melapangkan masa hadir dalam Mesyuarat Agung bagi kali ini. Selain dari membentangkan aktiviti sepanjang sesi 2008/2009, Mesyuarat Agung bagi kali ini juga telah mengadakan pemilihan bagi Jawatankuasa Induk dan Pengerusi Biro yang baru. Semoga dengan pelantikan baru ini akan dapat mengerakkan aktiviti dan menyumbang ke arah pembangunan sumber dan modal insan sekolah-sekolah ahli. Tahniah kepada semua yang telah terpilih untuk menerajui jawatankuasa.
Disediakan oleh : MFM
Disediakan oleh : MFM
PENGUMPULAN DATA SPPICTS BIL. 2/2010
Setinggi - tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Sekolah Ahli PKG kg. Pandan yang telah selesai 100 % mengisi data berkenaan. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Analisa keseluruhan sekolah ahli PKG:
Jumlah Sekolah : 47
Jumlah Sekolah siap menjawab : 47
Peratus siap menjawab : 100%
Dikemaskini oleh MFM
Analisa keseluruhan sekolah ahli PKG:
Jumlah Sekolah : 47
Jumlah Sekolah siap menjawab : 47
Peratus siap menjawab : 100%
Dikemaskini oleh MFM
Lawatan Sekolah Ahli PKG Ampang
Pada 6 Julai 2010, Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan telah menerima kunjungan dari warga PKG Ampang yang terdiri daripada 45 orang guru. Antara pengisian sepanjang lawatan ialah ucapan aluan dan taklimat promosi BTPNKL yang telah disampaikan oleh En. Mohd Fakruddin bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan dan di susuli dengan sedikit ucapan ringkas oleh En. Asman bin Hj. Harun, Pegwai Teknologi Pendidikan PKG Ampang selaku ketua rombongan. Beliau mengharapkan agar hubungan antara kedua dua PKG akan terus terjalin dengan mewujudkan aktiviti sandaran diantara sekolah-sekolah ahli. Setelah solat zuhur dan makan tengahari, ahli rombongan berangkat ke SJK ( C ) Tsun Jin untuk mengadakan lawatan kerja.
Disediakan oleh : MFM
Taklimat Khas GPK Tadbir dan Kurikulum
Pada 6 Julai 2010, bertempat di Bilik Seminar Pusat kegiatan Guru Kampung Pandan, satu taklimat khas Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikum Sekolah Ahli PKGKP telah diadakan . Taklimat ini dimulakan dengan ucapan Aluan oleh En. Zainuddin bin Hj. Othman, Penolong Pengarah BTPNKL dan seterusnya taklimat disampaikan oleh En. Mohd Fakruddin bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan. Antara pengisian taklimat ialah :
1. Promosi BTPNKL
2. SPPICTS
3. IQPSS
4. STS
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pemahaman terhadap beberapa aplikasi secara dalam talian yang perlu dikemaskini oleh pihak sekolah secara berkala. Dengan adanya taklimat ini diharapkan pihak Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan akan sentiasa peka dan melaksanakan pengisian data secara dalam talian mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pihak Multimedia Development Corporation ( MDeC ) melalui konsultan yang dilantik iaitu dari Frost & Sullivan Malaysia juga telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan satu proses temu bual dengan lapan peserta taklimat.
Disediakan oleh : MFM
1. Promosi BTPNKL
2. SPPICTS
3. IQPSS
4. STS
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pemahaman terhadap beberapa aplikasi secara dalam talian yang perlu dikemaskini oleh pihak sekolah secara berkala. Dengan adanya taklimat ini diharapkan pihak Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan akan sentiasa peka dan melaksanakan pengisian data secara dalam talian mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pihak Multimedia Development Corporation ( MDeC ) melalui konsultan yang dilantik iaitu dari Frost & Sullivan Malaysia juga telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan satu proses temu bual dengan lapan peserta taklimat.
Disediakan oleh : MFM
Langgan:
Catatan (Atom)