Perlawanan Bola Sepak PKGKP FC menentang PKG Ampang



Pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 telah berlangsung satu perlawanan bola sepak di antara Pasukan PKGKP FC menentang Pasukan PKG Ampang, Selangor. Perlawanan ini diadakan di Padang SK Pandan Indah. Keputusan perlawanan ini telah memihak kepada Pasukan PKGKP FC dengan jaringan 2-0. Perlawanan ini diadakan hasil inisiatif PKG Kg.Pandan, Kuala Lumpur bersama PKG Ampang, Selangor. Cenderamata kenang-kenangan telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan kepada wakil kedua-dua pasukan sebagai tanda penghargaan. Keputusan perlawanan tidak menjadi ukuran kepada kedua - dua pasukan namun hubungan silaturrahim yang terjalin diharapkan akan terus berkekalan dan berpanjangan. Pihak pengurusan PKG Kg. Pandan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua dua pasukan yang telah menunjukkan kerjasama, komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi bagi menjayakan aktiviti pada kali ini.


Pada 1 Ogos 2010, Pasukan PKGKP FC juga telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Pasukan Taman Muda di  Kompleks Sukan Cochrane. Perlawanan ini telah dimenangi oleh Pasukan PKGKP FC dengan jaringan 4-2. Tahniah kepada semua pemain.

Disediakan oleh : MFM