Pengisian Data SPPICTS Fasa 2

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 20 Jun 2010 adalah tarikh pengisian Data SPPICTS bil 2/2010. Tarikh akhir bagi sesi pengisian data kali ini ialah 9 Julai 2010. Pihak sekolah diingatkan agar menyelesaikan pengisian Data SPPICTS ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan ini agar sebarang kesulitan dapat dielakkan kelak. Tarikh pengisian data SPPICT ini juga tidak akan dilanjutkan.

Berikut adalah senarai sekolah yang telah selesai mengisi data SPPICTS bil 2/2010 sehingga 30 Jun 2010, 9.00 am.

1. Sk Taman Midah 1
2. SK Taman Maluri
3. SK Taman Midah 2
4. SK Cochrane
5. SK St. Gabriel
6. SMK Sungai Besi
7. SMK St. John
8. SJK( C ) Sam Yoke

Analisa keseluruhan Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan:
Jumlah Sekolah Ahli = 47 Buah Sekolah
Jumlah selesai mengisi Data 100 % = 8 Buah Sekolah
Peratus selesai mengisi data = 14.89%

Data ini adalah sehingga jam 8.42 am, 7 Mei 2010.

PENGUMPULAN DATA SPPICTS BIL. 2/2010

GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk memantau pengumpulan serta verifikasi data sekolah di bawah pihak tuan/puan. Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali pertama.

3. Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, pihak tuan/puan boleh terus menghubungi pihak PKG Kg. Pandan dan bercakap terus dengan Encik Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan atau Encik Mohd Seth Bin Yusof, Juruteknik Komputer PKG Kg. Pandan.

4. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh :
MSY

Support Ticketing System (STS)

GURU PENYELARAS BESTARI DAN GURU ICT SEKOLAH AHLI PKG KG. PANDAN


Untuk makluman semua GPB/GICT sekolah ahli PKG Kg. Pandan, terdapat beberapa aduan kerosakan peralatan ICT sekolah yang dilaporkan di dalam Support Ticketing System (STS), tidak dapat di baikpulih berikutan maklumat aduan tersebut tidak lengkap. Ini akan menyebabkan tiket aduan tersebut tergantung dan pihak PKG tidak dapat memanjangkan aduan tersebut ke aras 3 iaitu BTPN KL . Di bawah ini terdapat format aduan kerosakan untuk rujukan GPB/GICT.
  1. Nama Pelapor :
  2. Jawatan Pelapor :
  3. No Telefon Pelapor :
  4. Jenis Peralatan :
  5. Jenama / Model :
  6. No Daftar Harta Modal :
  7. No Siri Peralatan :
  8. Tahun Perolehan Aset :
  9. Lokasi Peralatan :
  10. Masalah kerosakan :
  11. Troubleshoot yang telah dibuat :
Satu aduan untuk satu kerosakan dan setiap aduan perlu disertakan maklumat-maklumat seperti di atas. Setelah dilaporkan, pelapor perlulah memeriksa semula tiket-tiket tersebut kerana setiap aduan yang diterima, pihak KPKPM dan PKG akan memeriksa tiket tersebut dan akan membuat tindakan susulan (follow up). Ini penting kerana jika terdapat maklumat tidak lengkap, pelapor boleh terus membuat pembetulan jika tiket tersebut berada di aras "Open". Jika tiket berada di aras "In Progress", pelapor tidak boleh membuat pembetulan tetapi masih lagi boleh melihat "Follow Up" dari KPKPM dan PKG dan hubungi pihak PKG untuk memberi maklumat yang diperlukan atau pelapor boleh menutup tiket tersebut, dan membuat aduan yang baru dan lengkap.

Pastikan semua maklumat berkenaan peralatan sama seperti di dalam kad Daftar Harta Modal (DHM) supaya tidak timbul masalah lain semasa baikpulih dilakukan oleh pihak vendor.

Tiket-tiket yang telah diselesaikan samada "complete without payment" ataupun "complete with payment" perlulah di tutup dan direkodkan dibelakang kad DHM beserta jumlah bayaran.

Nota : 1. hubungi pihak PKG jika terdapat sebarang masalah.
2. sebarang pertambahan akan diberitahu kelak.

Disediakan Oleh :
MSY

Penarafan IQPSS

KEPADA GURU PERPUSTAKAAN MEDIA SEKOLAH AHLI PKG KG. PANDAN


Penarafan IQPSS bagi tahun 2010 telah bermula pada 09-FEB-2010.

Tanggungjawab GPM:

  • Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
  • Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
  • Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  • Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  • Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  • Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.
Sehingga ke hari ini, pihak PKG Kg. Pandan masih lagi tidak menerima status penarafan dari sekolah-sekolah ahli. Hanya beberapa buah sekolah ahli sahaja yang telah menyiapkan borang penarafan secara online dan telah disemak oleh pihak PKG. Penarafan IQPSS ini penting bagi mengumpul data-data berkaitan sekolah ahli serta maklumat Guru Perpustakaan Media (GPM) tersebut untuk rujukan pihak PKG. Di samping itu, GPM tersebut dapat mengetahui tahap pencapaian gred pusat sumber sekolah anda yang mana GPM dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan PSS dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian PSS anda.

Jika anda mengalami kesulitan mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan penarafan, borang penarafan telah disediakan oleh pihak PKG diruangan bahan muat turun. Isikan maklumat-maklumat pada borang tersebut dahulu sebelum mengisi secara online. Ini akan memudahkan kerja anda. Diharapkan agar GPM yang masih belum membuat penarafan dapat menyelesaikan penarafan secepat mungkin.

Kerjasama anda amatlah dihargai.

Disediakan oleh :
MSY