Support Ticketing System (STS)

GURU PENYELARAS BESTARI DAN GURU ICT SEKOLAH AHLI PKG KG. PANDAN


Untuk makluman semua GPB/GICT sekolah ahli PKG Kg. Pandan, terdapat beberapa aduan kerosakan peralatan ICT sekolah yang dilaporkan di dalam Support Ticketing System (STS), tidak dapat di baikpulih berikutan maklumat aduan tersebut tidak lengkap. Ini akan menyebabkan tiket aduan tersebut tergantung dan pihak PKG tidak dapat memanjangkan aduan tersebut ke aras 3 iaitu BTPN KL . Di bawah ini terdapat format aduan kerosakan untuk rujukan GPB/GICT.
  1. Nama Pelapor :
  2. Jawatan Pelapor :
  3. No Telefon Pelapor :
  4. Jenis Peralatan :
  5. Jenama / Model :
  6. No Daftar Harta Modal :
  7. No Siri Peralatan :
  8. Tahun Perolehan Aset :
  9. Lokasi Peralatan :
  10. Masalah kerosakan :
  11. Troubleshoot yang telah dibuat :
Satu aduan untuk satu kerosakan dan setiap aduan perlu disertakan maklumat-maklumat seperti di atas. Setelah dilaporkan, pelapor perlulah memeriksa semula tiket-tiket tersebut kerana setiap aduan yang diterima, pihak KPKPM dan PKG akan memeriksa tiket tersebut dan akan membuat tindakan susulan (follow up). Ini penting kerana jika terdapat maklumat tidak lengkap, pelapor boleh terus membuat pembetulan jika tiket tersebut berada di aras "Open". Jika tiket berada di aras "In Progress", pelapor tidak boleh membuat pembetulan tetapi masih lagi boleh melihat "Follow Up" dari KPKPM dan PKG dan hubungi pihak PKG untuk memberi maklumat yang diperlukan atau pelapor boleh menutup tiket tersebut, dan membuat aduan yang baru dan lengkap.

Pastikan semua maklumat berkenaan peralatan sama seperti di dalam kad Daftar Harta Modal (DHM) supaya tidak timbul masalah lain semasa baikpulih dilakukan oleh pihak vendor.

Tiket-tiket yang telah diselesaikan samada "complete without payment" ataupun "complete with payment" perlulah di tutup dan direkodkan dibelakang kad DHM beserta jumlah bayaran.

Nota : 1. hubungi pihak PKG jika terdapat sebarang masalah.
2. sebarang pertambahan akan diberitahu kelak.

Disediakan Oleh :
MSY