Penarafan IQPSS

KEPADA GURU PERPUSTAKAAN MEDIA SEKOLAH AHLI PKG KG. PANDAN


Penarafan IQPSS bagi tahun 2010 telah bermula pada 09-FEB-2010.

Tanggungjawab GPM:

  • Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
  • Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
  • Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  • Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  • Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  • Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.
Sehingga ke hari ini, pihak PKG Kg. Pandan masih lagi tidak menerima status penarafan dari sekolah-sekolah ahli. Hanya beberapa buah sekolah ahli sahaja yang telah menyiapkan borang penarafan secara online dan telah disemak oleh pihak PKG. Penarafan IQPSS ini penting bagi mengumpul data-data berkaitan sekolah ahli serta maklumat Guru Perpustakaan Media (GPM) tersebut untuk rujukan pihak PKG. Di samping itu, GPM tersebut dapat mengetahui tahap pencapaian gred pusat sumber sekolah anda yang mana GPM dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan PSS dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian PSS anda.

Jika anda mengalami kesulitan mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan penarafan, borang penarafan telah disediakan oleh pihak PKG diruangan bahan muat turun. Isikan maklumat-maklumat pada borang tersebut dahulu sebelum mengisi secara online. Ini akan memudahkan kerja anda. Diharapkan agar GPM yang masih belum membuat penarafan dapat menyelesaikan penarafan secepat mungkin.

Kerjasama anda amatlah dihargai.

Disediakan oleh :
MSY