PENGUMPULAN DATA SPPICTS BIL. 2/2010

GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk memantau pengumpulan serta verifikasi data sekolah di bawah pihak tuan/puan. Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali pertama.

3. Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, pihak tuan/puan boleh terus menghubungi pihak PKG Kg. Pandan dan bercakap terus dengan Encik Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan atau Encik Mohd Seth Bin Yusof, Juruteknik Komputer PKG Kg. Pandan.

4. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh :
MSY