Selamat Menyambut Hari Guru



Seluruh warga kerja Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan menggambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh Warga Pendidik khususnya dari kalangan guru-guru Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan dan seluruh negara amnya. Selamat Hari Guru........Terima Kasih Cikgu

Disediakan oleh : MFM

Pengisian Data SPPICTS ( Tahniah )

Pihak PKG Kg. Pandan merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan kerana telah berjaya menyelesaikan Pengisian Data SPPICTS. Sehingga 7 Mei 2010, keseluruhan data yang telah di isi oleh Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan ialah 100%. Pihak PKG Kg. Pandan akan mula melaksanakan tugas menverifikasi data yang telah diisi oleh pihak sekolah apabila fungsi cetak telah diaktifkan. Pihak sekolah masih boleh mengubahsuai data-data yang telah di isi sehingga 9 Mei 2010.
Semoga kerjasama dan komitmen keseluruhan Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan akan semakin baik dan menjadi teladan yang baik. Sekian


Disediakan oleh : mfm

MAKLUMAN : PENGISIAN DATA SPPICTS

Adalah dimaklumkan bahawa besok 5 Mei 2010 adalah tarikh pengisian Data SPPICTS Sekolah bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Bagi tarikh 6 hingga 9 Mei pula adalah terbuka kepada semua Sekolah di seluruh negara. Pihak sekolah diingatkan agar menyelesaikan pengisian Data SPPICTS ini mengikut jadual yang telah ditetapkan ini agar sebarang kesulitan dapat dielakkan kelak. Tarikh pengisian data SPPICT ini juga tidak akan dilanjutkan. Sekian

Analisa keseluruhan Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan:
Jumlah Sekolah Ahli = 47 Buah Sekolah
Jumlah selesai mengisi Data 100 % = 47 Buah Sekolah
Peratus selesai mengisi data = 100%

Data ini adalah sehingga jam 8.42 am, 7 Mei 2010.

Disediakan oleh : mfm

Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber ( KOHORT 2 )

Mulai 3 -7 Mei 2010, Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber diadakan di Pkg Kampung Pandan untuk Guru Perpustakaan dan Media ( GPM ). Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk Guru Perpustakaan dan Media yang baru dilantik dan belum pernah menghadiri Kursus Asas PSS. Antara pengisian kursus ialah Pengenalan Konsep Asas PSS, Pentadbiran & Pengurusan PSS, IQ-PSS dan Sistem Senayan, Program Nilam, Pengurusan Stok dan Penggunaan PSS, Kemudahan Fizikal, Proses Teknik/ Pengkatalogan dan Koleksi Bahan. Selain itu peserta kursus ada mengadakan satu sesi Khidmat Bantu ke SK Tun Hussein Onn bagi tujuan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi. Semoga setelah menghadiri kursus ini, peserta akan dapat membangunkan PSS sekolah masing-masing ke arah PSS Cemerlang.

Disediakan oleh : mfm