Pengisian Data SPPICTS ( Tahniah )

Pihak PKG Kg. Pandan merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan kerana telah berjaya menyelesaikan Pengisian Data SPPICTS. Sehingga 7 Mei 2010, keseluruhan data yang telah di isi oleh Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan ialah 100%. Pihak PKG Kg. Pandan akan mula melaksanakan tugas menverifikasi data yang telah diisi oleh pihak sekolah apabila fungsi cetak telah diaktifkan. Pihak sekolah masih boleh mengubahsuai data-data yang telah di isi sehingga 9 Mei 2010.
Semoga kerjasama dan komitmen keseluruhan Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan akan semakin baik dan menjadi teladan yang baik. Sekian


Disediakan oleh : mfm