Selamat Menyambut Hari Buku Sedunia

Setiap tahun kita merayakan hari-hari terpenting dan teristimewa dalam kehidupan kita. Kita merayakan hari-hari kebesaran agama, Hari Wanita, Hari Pekerja dan tentu sekali Hari Lahir kita dan tidak kurang juga merayakan Hari Guru yang bakal disambut pada bulan Mei nanti. Pokoknya, ada bermacam hari istimewa dalam kehidupan kita. Tarikh 23 April juga merupakan hari istimewa, tetapi keistimewaannya sering dilupakan, apatah lagi ia juga semacam hari-hari biasa yang kita lalui. Barangkali tidak ramai yang menyedari bahawa tarikh 23 April adalah Hari Buku Sedunia, suatu hari yang dirayakan sebagai simbol penghargaan tertinggi kepada 'makhluk' bernama 'buku' yang tidak jemu-jemu mencerdaskan manusia dan peradabannya.

Sempena Sambutan Hari Buku Sedunia yang disambut pada 23 April 2010 kali ini, marilah kita seluruh warga pendidik menanam perasaan cinta dan sayang kepada buku dan menanam minat membaca agar dapat memberi implikasi signifikan bahawa Sekolah adalah kota ilmu yang di dalamnya dihuni oleh manusia 'berbudaya' yang dicirikan oleh kecintaan kepada buku kerana pengaruh 'akhir' buku adalah melahirkan manusia yang beradab dan highly cultured. Di dalamnya terhimpun sifat manusia yang berilmu, manusia yang berfikir, manusia yang kritis, manusia yang menyanjung tradisi kecendiakawanan, keagamaan dan manusia yang memberi 'makna' kepada peradaban bangsanya.

Selamat Menyambut Hari Buku Sedunia.

Disunting dari hasil bingkisan SHAHAROM TM SULAIMAN

Disediakan oleh : MFM

MAKLUMAN : PENGISIAN DATA SPPICTS

Tuan/puan yang saya hormati,

Berikut adalah peratus sekolah yang siap menjawab setakat 10 pagi,16 April 2010.

Negeri Peratus Sekolah Siap Menjawab
JOHOR 52.74 %
KEDAH 27.98 %
KELANTAN 19.65 %
MELAKA 22.95 %
NEGERI SEMBILAN 22.56 %
PAHANG 18.03 %
PULAU PINANG 30.38 %
PERAK 37.75 %
PERLIS 20.00 %
SELANGOR 18.67 %
TERENGGANU 25.57 %
SABAH 27.60 %
SARAWAK 13.29 %
WP KUALA LUMPUR 9.49 %
WP LABUAN 7.69 %
WP PUTRAJAYA 0.00 %
JUMLAH 26.47 %

2. Seperti yang dapat dilihat, peratus pengisian adalah rendah. Walaupun pihak berkenaan telah membaiki beberapa aspek berkaitan aplikasi dan rangkaian, tetapi pengguna masih menghadapi masalah. Daripada maklum balas yang diterima, masalah utama ialah yang berkaitan fungsi 'simpan' atau 'save' data yang diisi oleh pengguna.

3. Oleh yang demikian, pasukan teknikal telah membuat penambahbaikan lagi dan mengesyorkan agar menyahaktifkan fungsi cetak borang yang telah diisi oleh sekolah. Pasukan Teknikal mendapati input data menjadi sangat cepat selepas fungsi tersebut dinyahaktifkan. Sila ambil maklum bahawa fungsi cetak dokumen tidak aktif dan abaikan arahan cetak buat sementara waktu.

4. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.


5. Sila ambil maklum untuk tindakan seterusnya. Sebarang masalah berkaitan sila hubungi PKG Kg. Pandan dengan kadar segera.

Sekian, harap maklum.


Disediakan oleh : MFM

Insentif Untuk Warga Pendidik

Insentif menarik warga sekolah akan diumum pada Hari Guru

KANGAR 13 April – Warga sekolah iaitu para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif berkenaan merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira latar belakang sekolah berkenaan.

“Berdasarkan pencapaian tahun ini dengan didokong oleh Pelan Penambahbaikan Sekolah (SIP) dan tool kit pembangunan prestasi sekolah (SIT), kita akan menilai semua ini untuk diberi pengiktirafan tersebut,” katanya.

Dipetik dari : http://www.utusan.com.my (14 April 2010 )


Disediakan Oleh : MFM


MAKMAL KOMPUTER BERMASALAH

Hasil lawatan dan pemantauan Pegawai PKG Kg. Pandan ke Sekolah Ahli di dapati terdapat beberapa Sekolah Ahli yang mempunyai masalah yang berbangkit seperti berikut :

1. Pendawaian elektrik - (Litar pintas dsb)
2. Struktur bangunan - ( Syiling, lantai, bumbung dsb )

Untuk makluman, kerja - kerja berkaitan hal di atas adalah bukan di bawah tanggungjawab BTP, BTPN, PKG.

Oleh kerana perkara diatas sentiasa menjadi isu berbangkit sepanjang pemantauan, satu inisiatif dengan mengadakan perjumpaan di antara semua pihak berkenaan akan diadakan dalam tempoh masa terdekat. Untuk itu, pihak PKG Kg. Pandan memohon kerjasama semua GPB/GICT Sekolah Ahli yang mempunyai masalah berkenaan agar dapat menghubungi PKG Kg. Pandan ( En. Mohd Fakruddin bin Musa ) selewat-lewatnya 16 April 2010. Makluman segera dari pihak GPB/GICT Sekolah Ahli adalah amat diharapkan untuk tindakan yang sewajarnya.

Sekian, harap maklum.

Disediakan oleh : MFM



AKTIVITI PENARAFAN PSS 2010 ( iQ-PSS)

Makluman untuk semua GPM Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan.

Penarafan PSS bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09-FEB-2010.

(http://btp.tarantula.my/system_iq-pss/)

Tanggungjawab GPM:

  • Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
  • Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
  • Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  • Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  • Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  • Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.
  • Pihak PKG akan mengesahkan / memberi respon terhadap maklumat yang pihak GPM masukkan ke dalam sistem ini.
  • Sila semak jika pihak PKG memajukan semula untuk pembetulan terhadap pengisian data yang pihak sekolah jalankan.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa melaksanakan penarafan PSS 2010, sila hubungi En. Seth bin Yusoff di talian 03 92830550.

Sekian, harap maklum.


Disediakan oleh: MFM

Perlaksanaan Sistem i-NILAM secara online

Dimaklumkan kutipan data NILAM secara online boleh dilaksanakan oleh GPM, Guru Data, Guru Penyelaras NILAM dan Guru NILAM berkuatkuasa mulai 18-Feb-2010.

( http://btp.tarantula.my/system_i-nilam/ )

Tanggungjawab

  1. GPM - Mendaftar/mengemaskini maklumat pengguna peringkat sekolah dan memberi tahap capaian sistem kepada pengguna samada sebagai Guru Data, Guru Penyelaras NILAM atau Guru NILAM.
  2. Guru Data - Mendaftar/mengemaskini maklumat kelas dan murid
  3. Guru NILAM - Merekod/mengemaskini jumlah bacaan terkumpul setiap murid setakat 31-Dis-2009 dan jumlah bacaan bulanan murid setiap hujung bulan.
  4. Guru Penyelaras NILAM - Mengesahkan data NILAM sekolah yang direkodkan oleh Guru NILAM.

NOTA :

KEMUDAHAN MENGIMPORT MAKLUMAT MURID DARIPADA SISTEM SMM/HEM KEPADA SISTEM i-NILAM

Makluman kepada semua pengguna yang memegang fungsi sebagai Guru Data Sekolah.

Kini anda boleh melakukan proses import maklumat murid daripada Sistem Maklumat Murid (SMM/HEM) kepada Sistem i-NILAM secara kendiri dan online.

Sila bawa turun manual pengguna "Panduan mengimport maklumat murid daripada SMM/HEM ke i-NILAM" melalui skrin sistem i-NILAM.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: MFM

PENGISIAN DATA SPPICTS ( TERKINI )

Kutipan data bagi SPPICTS bil 1/2010 akan bermula pada 12 April hingga 9 Mei 2010. Untuk kutipan data SPPICTS bil 1/2010, jadual pengisian data telah diselaraskan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak sekolah di minta agar mematuhi jadual yang telah ditetapkan agar tidak berlaku kesesakan dalam talian. Sila rujuk paparan utama laman berkaitan untuk maklumat lanjut ( http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php ). Bagi Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan boleh menghubungi pihak PKG jika terdapat sebarang pertanyaan. Pematuhan terhadap tarikh untuk memasukkan data adalah amat diharapkan.


Disediakan oleh: MFM


Sijil Penghargaan

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganugerahkan Sijil Penghargaan kepada Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan di atas sumbangan dan komitmen dalam Pengurusan Anugerah Pusat sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2009.

Pihak PKG Kg. Pandan dan seluruh Ahli PKG Kg. Pandan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga SJK ( C ) Tsun Jin yang telah memenangi Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Bandar bagi tahun 2009.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada semua Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan untuk memantapkan lagi pengurusan PSS menuju ke arah PSS Cemerlang.


Disediakan oleh : MFM