PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan ICT KPM secara berperingkat mulai Julai 2017 ini. Sekolah yang menerima perkhidmatan ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh pihak PKG. Syarikat Felda Prodata System akan mengendalikan proses ini. Dimohon agar sekolah bersedia dengan berpandukan segala arahan dan prosedur yang diberikan. Pertanyaan berkaitan boleh menghubungi PKG untuk maklumat yang lebih lanjut.