TAKLIMAT KHAS SASARAN PENINGKATAN KEBERHASILAN PENCAPAIAN PENGGUNAAN FROGVLE 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat khas untuk barisan pentadbir iatu untuk pengetua dan guru besar akan dijalankan di PKG Kg Pandan. Pihak kami berbesar hati menjemput tuan dan puan hadir ke program ini. Ianya bertujuan untuk menyampaikan info, kaedah, perkongsian idea dan pandangan antara sekolah ahli bagi memastikan kehendak KPI penggunaan oleh KPM tercapai setiap minggu. Surat panggilan telah diedarkan kepada sekolah melalui emel rasmi pada 17 Ogos 2017.