MESYUARAT JK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA BIL 2/2017

Pada 26 Julai 2017 bertempat di bilik kuliah PKG Kg Pandan telah berlangsungnya mesyuarat untuk Guru Perpustakaan Dan Media bagi kali ke dua. Seramai 51 guru hadir dari kalangan sekolah ahli bagi menjayakan mesyuarat kali ini. Antara isu yang dibincangkan ialah berkaitan dengan pengemaskinian pengurusan pusat sumber, penggunaan wang geran perkapita (PCG), pembelian bahan bacaan serta NILAM baharu yang ditambah baik. Guru yang hadir juga dimaklumkan hal berkaitan penarafan SSQS 3.0 bagi GPM. Borang SSQS GPM manual yang dibawa, dibincangkan bersama bagi mendapatkan penjelasan yang lebih baik.