MESYUARAT JK GURU PENYELARAS BESTARI/ICT BIL 2/2017

PKG Kg Pandan telah melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari dan ICT Bil 2/2017 bertempat bilik kuliah. Seramai 51 guru dari sekolah ahli hadir bagi menjayakan mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah dijalankan pada 25 Julai 2017 dan bermula pada jam 8.30 pagi. Isu dan perkara yang dibangkitkan ialah berkaitan dengan penyelenggaraan peralatan ICT sekolah yang akan bermula tidak lama lagi. Perkara berkaitan dengan pencapaian VLE Frog di sekolah juga dibangkit dan dibincangkan bersama. Guru yang hadir juga dimaklumkan tugasan tahunan mereka iatu menjadi penyelaras bagi Penarafan SSQS 3.0. Guru diberitahu bahawa prosedur masih seperti tahun sebelumnya iaitu memerlukan 1 Pentadbir, 1 Guru Perpustakaan dan Media, 30 orang guru dan 30 orang murid. Namun pada tahun ini, responden bagi Guru Penyelaras Bestari/ICT telah diwujudkan dan ini menjadikan seramai 5 golongan responden akan membuat penarafan SSQS 3.0.