Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.


Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada baca lagi

Berikut ialah sekolah di bawah PKG Kg Pandan yang terlibat pada tahun 2017 :


SJK(T) KG PANDAN
SK TUN HUSSEIN ONN
SK SG BESI
SK TAMAN MALURI
SK DESA PANDAN
SK BANDAR TASIK SELATAN
SK SERI BINTANG SELATAN
SK TAMAN MIDAH
SMK AMINUDDIN BAKI
SMK SERI BINTANG UTARA
SMK TAMAN MALURI
SEKOLAH MENEGAH TEKNIK KUALA LUMPUR
SK SERI BINTANG UTARA
SJK(C) CHUNG HWA 'P'
SJK(C) TSUN JIN
SM SAINS SELANGOR
SMK SERI BINTANG SELATAN

Taklimat telah diberikan pada 18 April 2017 bertempat di PKG Bangsar. Diharapkan penyelaras bersama pihak sekolah dapat menjalankan tugasan ini dengan baik.