KEM MEMBACA 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI WP KUALA LUMPUR 2017



Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan serta Perpustakaan Kuala Lumpur telah menjalankan aktiviti bagi program Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini dijalankan pada tarikh 5 April 2017 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur. Sebanyak 10 buah sekolah ahli dijemput bagi memeriahkan program ini. Kehadiran sekolah adalah sebagai peserta bagi acara mencipta Big Book. Peralatan dan bahan disediakan bagi memudahkan pihak sekolah. Aktiviti ini tamat jam 1.30 petang. Pihak PKG mengucapkan berbanyak terima kasih kepada BTPNWPKL serta Perpustakaan Kuala Lumpur serta sekolah diatas kerjasama yang masing-masing.

Berikut ialah sekolah yang hadir.


SMK BANDAR TUN RAZAK
SMK BANDAR TASIK SELATAN
SMK SERI BINTANG SELATAN
SMK SERI TASIK
SMK SERI PERMAISURI
SMK SERI BINTANG UTARA
SMK CHERAS
SMK CONVENT BUKIT NANAS (M)
SMK ST. GABRIEL (M)
SMK TAMAN MALURI