BENGKEL PENGAPLIKASIAN SISTEM NILAM BAHARU YANG DITAMBAH BAIK UNTUK SEKOLAH AHLI 2017

       Bertempat di Bilik Kuliah PKG Kg Pandan, telah berlangsungnya bengkel khas kepada Guru NILAM. Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan mengenai sistem NILAM baharu yang ditambah baik bagi kegunaan pihak sekolah bermula awal Januari 2018. Guru NILAM yang hadir diberi pengetahuan awal mengenai pengurusan NILAM di sekolah dari segi objektif, sasaran, aktiviti dan pencapaian yang perlu diambil kira oleh warga sekolah secara amnya.
    Bengkel ini yang dijalankan selama 2 hari bermula pada 26 April 2017 hingga 27 April 2017 dengan kehadiran guru yang menyelaras program dan aktiviti berkaitan NILAM di peringkat sekolah masing-masing. Diharapkan guru yang hadir dapat memberikan penjelasan dan penerangan kepada warga sekolah mengenai sistem baharu ini.