KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016

Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sentul, bermula pada 25 hingga 29 Julai 2016 telah dijalankan Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih guru-guru yang baharu dilantik sebagai Guru Perpustakaan Dan Media. Pendedahan mengandungi  aspek hal-ehwal pengurusan pusat sumber sekolah telah diterapkan kepada para peserta. Kursus yang dijalankan selama 5 hari berturut adalah syarat untuk kelayakan bagi mendapatkan sijil kursus ini. Diharapkan peserta yang hadir akan lebih bersemangat untuk menguruskan pusat sumber sekolah sebagai gedung ilmu bagi warga sekolah masing-masing.