TAKLIMAT PENGURUSAN ICT DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL 2/2016

Pada tarikh 4 dan 5 Ogos 2016, Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan telah menjalankan Taklimat Pengurusan Ict Dan Pusat Sumber Sekolah Bil 2/2016. Guru Penyelaras Bestari, Guru Penyelaras ICT dan Guru Perpustakaan Dan Media dipanggil bagi mengahdiri sesi ini. Objektif utama ialah untuk menjelaskan bahawa penarafan SSQS bagi tahun 2016 telah bermula. Hadirin didedahkan mengenai manual responden yang perlu diselesaikan oleh calon yang dipilih oleh pihak sekolah. Selain itu, hal-ehwal berkaitan pengurusan ict dan juga pusat sumber sekolah juga diterangkan. Antaranya ialah fungsi-fungsi guru sebagai GPB/GICT dan GPM, pengurusan aduan, infrastruktur dan penggunaan.