TAKLIMAT PENGURUSAN ICT UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH 2016

Tarikh                :  28 Mac 2016
Masa                  :  8.00 pagi
Tempat            :  Bilik Seminar PKG Kg Pandan
Sasaran            :  Juruteknik Komputer Sekolah 25 buah sekolah ahli

Objektif taklimat ini adalah untuk memberikan maklumat dan informasi terkini mengenai tatacara pengurusan ICT di sekolah masing-masing. Segalanya berkaitan ICT termasuk aduan kerosakan, penggunaan internet samada ZOOM atau SuperZoom, multiseat, pengurusan makmal komputer, pusat akses sekolah dan pelbagai lagi. Tetamu jemputan yang hadir ialah En Abd Halim Bin Abu Samah iaitu Ketua Unit Pembestarian Sekolah dari BTPNWPKL, Bdr Sri Permaisuri. Beliau juga memaklumkan mengenai penyelenggaraan yang akan berlaku dalam masa terdekat dan berharap sekolah yang menerima, bersedia dengan projek ini.