MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI
​BILANGAN 1/2016

Tarikh         :       30 Mac 2016
Hari             :       Rabu
Masa           :      8.00 pagi
Jemputan   :      Pengetua dan Guru Besar Sekolah Ahli
Bertempat di Bilik Kuliah Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan telah berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti [JKPA] bilangan 1 bagi tahun 2016. Para hadirin adalah terdiri dari pengetua, guru besar serta wakil bagi pihak berkenaan.
Mesyuarat pada kali ini adalah untuk menyebar, berkongsi serta berbincangan mengenai perihal berkaitan teknologa maklumat dan komunikasi serta pengurusan pusat sumber sekolah. Para hadirin didedahkan mengenai penggunaan data 1bestarinet, pelaporan status VLE, penyelenggaraan ict sekolah, pengurusan NILAM yang mana menggunapakai borang interim yang telah diedarkan kepada Guru Perpustakaan Dan Media pada taklimat lalu.