TAKLIMAT PENGURUSAN ICT UNTUK GURU PENYELARAS ICT DAN BESTARI 
BIL 1/2016

Tarikh             :  24 Mac 2016
Masa               : 8.00 pagi
Tempat            : Bilik Seminar PKG Kg Pandan
Sasaran            : GICT/GPB 51 buah sekolah ahli

Taklimat ini telah dijalankan seperti yang dirancangkan. Objektif adalah untuk memberikan informasi berkaitan pengurusan infrastruktur ICT di sekolah iaitu dari segi peralatan, perkakasan, penggunaan, kerosakan, penyelenggaraan dan juga pembelajaran. Wakil dari Unit Pembestarian Sekolah BTPNWPKL, En Mohamad Asif Mushadat Bin Abdul Saha turut hadir memberikan maklumat yang terkini terus dari unit tersebut. Guru-guru yang hadir juga turut memberikan kerjasama yang baik dari segi komunikasi dengan berkongsi pandangan, cadangan dan penyelesaian terbaik bagi membantu pengurusan ICT di sekolah.