TAKLIMAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA BIL.1/2016


Bertarikh 25 Februari 2016, Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan telah menjalankan taklimat tahunan kepada guru perpustakaan dan media. Seramai 51 orang guru yang hadir dari kalangan sekolah ahli PKG Kg Pandan. Taklimat yang diberi adalah berkaitan perancangan tahunan seperti fail meja, pengurusan pss, MBMMBI, tugas-tugas GPM, keputusan penarafan bintang SSQS dan juga borang instrumen pengisian NILAM bagi tahun 2016. Bahan-bahan berkaitan taklimat telahpun diedar melalui emel rasmi sekolah masing-masing. Disamping itu juga diedarkan buku literasi maklumat beserta poster yang telah ditempah oleh guru melalui Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan.