BENGKEL PELARASAN PENGISIAN DATA SSQS


TAKLIMAT KHAS SSQS UNTUK GURU PENYELARAS BESTARI DAN GURU ICT

NAMA KURSUS : BENGKEL PELARASAN PENGISIAN DATA SSQS SEKOLAH AHLI PKG PANDAN
TEMPAT            : BILIK SEMINAR, PKG KG. PANDAN
TARIKH             : 28 JULAI 2011
MASA               : 8.30 PAGI - 4.30 PETANG

Bengkel pelarasan pengisian data SSQS untuk GPB dan GICT sekolah ahli PKG Kg. Pandan sedang berjalan.

Objektif SSQS
Terdapat lima objektif SS QS seperti berikut:
  • Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
  • Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
  • Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
  • Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
  • Memperkasakan (empower) guru dan murid.

SSQS membentangkan empat (4) Focus Areas yang utama bagi setiap sekolah bestari yang dinilai. Setiap Focus Area diberi pemberatan yang mencerminkan kepentingannya dalam SSQS.
 
Kedudukan Bintang (Star Ranking) yang merupakan satu alat pemantauan bertujuan untuk mengukur petunjuk di dalam setiap Focus Areas yang diberi kedudukan dari 1 hingga 5 bintang. Focus Area dan juga pemberatan yang diberikan di dalam SS QS adalah:

  1.  Penggunaan (Utilization) – (40%),
  2.  Modal Insan (Human Capital) – (40%),
  3.  Aplikasi (Application) – (10%), dan 
  4. Infrastruktur (Infrastructure) – (10%) 
Semoga dengan adanya bengkel seperti ini,pencapaian peratusan bintang sekolah ahli PKG Kg. Pandan akan meningkat pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Disediakan Oleh:
MSY
 

Anugerah NILAM Kebangsaan 2011

Seluruh warga PKG Kg. Pandan, Kuala Lumpur mengucapkan TAHNIAH kepada adik EMILY HAW dari SJKC NAAM KHEUNG, KUALA LUMPUR yang telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Sekolah Rendah Bandar dan adik NAREEN KAUR SIDHU A/P BAKTOR SING dari SMK ST MARY yang juga  telah mendapat tempat ketiga bagi ketegori Sekolah Menengah Bandar. Sesungguhnya kejayaan ini adalah atas daya usaha dan kerja keras semua pihak dalam membudayakan tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah khususnya. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kecemerlangan kepada semua pihak. Tahniah.




Bengkel "Post Mortem" PSS 2011

Pada 13 dan 14 Julai 2011 telah berlangsung Bengkel Post Mortem Pusat Sumber Sekolah bagi sekolah ahli PKG Kg. Pandan. Seramai 42 orang peserta hadir menyertai bengkel ini pada kali ini. Antara pengisian bengkel ialah berkaitan fail kuasa, fail meja, pelan strategik dan pengurusan fail. Antara penceramah yang telah menjayakan bengkel ini ialah Pn. Mahanum Ismail, Pn. Fauziah Ahmad, Pn. S. Fadillah Salleh dan Pn. Arinawati Mohd Yassin.Di harapkan semua GPM yang telah menyertai bengkel ini akan dapat menguruskan PSS sekolah masing-masing dengan lebih efisen.