Bengkel "Post Mortem" PSS 2011

Pada 13 dan 14 Julai 2011 telah berlangsung Bengkel Post Mortem Pusat Sumber Sekolah bagi sekolah ahli PKG Kg. Pandan. Seramai 42 orang peserta hadir menyertai bengkel ini pada kali ini. Antara pengisian bengkel ialah berkaitan fail kuasa, fail meja, pelan strategik dan pengurusan fail. Antara penceramah yang telah menjayakan bengkel ini ialah Pn. Mahanum Ismail, Pn. Fauziah Ahmad, Pn. S. Fadillah Salleh dan Pn. Arinawati Mohd Yassin.Di harapkan semua GPM yang telah menyertai bengkel ini akan dapat menguruskan PSS sekolah masing-masing dengan lebih efisen.