Taklimat SSQS Bagi Guru Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum




Pada 12 Julai 2011 telah berlangsung taklimat SSQS bagi Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan. Seramai 45 orang GPK T&K sekolah ahli PKGKP telah menghadiri taklimat tersebut. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Fakruddin bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan Guru Kampung Pandan. Antara pengisian taklimat adalah berkaitan dengan proses pengisian data SSQS yang akan berlangsung pada 25 Julai hingga 14 Ogos 2011. Diharapkan semua sekolah ahli PKGKP akan dapat menyelesaikan pengisian data SSQS dengan jayanya bagi tahun 2011.