BENGKEL PELARASAN PENGISIAN DATA SSQS


TAKLIMAT KHAS SSQS UNTUK GURU PENYELARAS BESTARI DAN GURU ICT

NAMA KURSUS : BENGKEL PELARASAN PENGISIAN DATA SSQS SEKOLAH AHLI PKG PANDAN
TEMPAT            : BILIK SEMINAR, PKG KG. PANDAN
TARIKH             : 28 JULAI 2011
MASA               : 8.30 PAGI - 4.30 PETANG

Bengkel pelarasan pengisian data SSQS untuk GPB dan GICT sekolah ahli PKG Kg. Pandan sedang berjalan.

Objektif SSQS
Terdapat lima objektif SS QS seperti berikut:
  • Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
  • Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
  • Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
  • Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
  • Memperkasakan (empower) guru dan murid.

SSQS membentangkan empat (4) Focus Areas yang utama bagi setiap sekolah bestari yang dinilai. Setiap Focus Area diberi pemberatan yang mencerminkan kepentingannya dalam SSQS.
 
Kedudukan Bintang (Star Ranking) yang merupakan satu alat pemantauan bertujuan untuk mengukur petunjuk di dalam setiap Focus Areas yang diberi kedudukan dari 1 hingga 5 bintang. Focus Area dan juga pemberatan yang diberikan di dalam SS QS adalah:

  1.  Penggunaan (Utilization) – (40%),
  2.  Modal Insan (Human Capital) – (40%),
  3.  Aplikasi (Application) – (10%), dan 
  4. Infrastruktur (Infrastructure) – (10%) 
Semoga dengan adanya bengkel seperti ini,pencapaian peratusan bintang sekolah ahli PKG Kg. Pandan akan meningkat pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Disediakan Oleh:
MSY