Lawatan Projek LAN SMK Cochrane

24 Februari 2010 yang lepas, satu lawatan pemantauan projek LAN yang bertempat di SMK Cochrane telah dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja pemasangan peralatan telah selesai sebelum ianya disahkan. Pemantauan ini telah dilakukan oleh En. Abd Halim B. Abu Samah, pegawai dari BTPNKL, En. Mohd Seth B Yusof, juruteknik komputer PKG Kg. Pandan yang mewakili Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg Pandan, En Mohd Fakruddin B. Musa yang sedang mengikuti kursus, wakil syarikat BayuTronik En. Mohammed Faizal dan wakil sekolah Pn. Roz Azean bt Ramlan.

Dari pemantauan yang telah dijalankan, didapati terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan dikemaskini oleh pihak syarikat. Penolong Kanan yang mewakili pengetua juga telah dimaklumkan berkenaan perkara ini pada satu sesi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh En Abd Halim kepada pihak sekolah. Antaranya ialah:
  1. Wireless AP 4 ditingkat 2 ditukarkan diluar makmal fizik untuk kegunaan guru-guru yang berada di makmal.
  2. Trunking yang dipasang telah menutupi papan maklumat ditingkat 3.
  3. Perlu menanggalkan 1 access point tambahan, kerana tiada kabel network yang disambungkan di switch.
  4. Trunking yang menghala ke makmal fizik agak rendah dan tidak kemas. Perlu ditinggikan dan dikemaskini.

Hasil dari pemantauan ini, pihak BTPNKL/PKG Kg Pandan dan juga pihak sekolah mengambil keputusan untuk menangguhkan pengesahan UAT sehingga kerja-kerja tersebut selesai.

Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh:
MSY


Lawatan Projek LAN SMK Sungai Besi, Kuala Lumpur

Satu lawatan pemantauan bertujuan untuk membuat pengesahan bagi projek LAN SMK Sungai Besi telah dijalankan pada 12 Feb. 2010. Lawatan ini telah dijalankan bersama sama pegawai dari BTPNKL iaitu En. Mohd Noor Leza bin Mansor, En. Abd. Halim bin Abu Samah beserta Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan iaitu En. Mohd Fakruddin bin Musa. Pihak sekolah di wakili oleh guru ICT iaitu Cik Farrah Wahilda manakala pihak syarikat Bayutronik Sdn. Bhd. di wakili oleh En. Syaiful.
Beberapa perkara yang memerlukan tindakan pembetulan dan pengubahsuaian oleh pihak syarikat telah dikenalpasti dan telah dimaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah dan pihak syarikat dalam satu sessi taklimat ringkas selepas sessi lawatan. Antaranya ialah :

1. Label belum ditampal pada laluan trunking dan NOD
2. Kable Fibre Optic ( Termination ) putus di pejabat sekolah
3. 3 NOD sepatutnya di sediakan di pejabat sekolah namun hanya 2 NOD yang dapat di kesan.
4. Kable CAT 5 pada akses point perlu ditukar kepada kable CAT 6
5. AP 3&4 perlu dipindahkan ke dalam bilik/kelas atas sebab sebab keselamatan.
6. AP 5 belum di konfigurasi oleh pihak syarikat.
7. AP 3&4 tidak stabil. ( on/off )







Dari dapatan di atas, pihak Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan telah menggambil keputusan untuk menangguhkan pengesahan bagi projek ini (UAT).



Sekian.

Disediakan oleh MFM





Selamat Tahun Baru Cina

Seluruh warga kerja PKG Kg. Pandan menggambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang bakal disambut oleh masyarakat Tionghua pada 14 Februari 2010 ini. Semoga disambut dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan. Bagi yang akan bercuti dan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman, rancanglah perjalanan dengan bijak. Utamakan keselamatan diri, penumpang dan penguna jalan raya yang lain. selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.


Disediakan oleh mfm

AKTIVITI PENARAFAN PSS 2010 (iQ-PSS 2010)

Penarafan PSS bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09 Feb 2010.

Tanggungjawab GPM

  • Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
  • Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap. (http://btp.tarantula.my/index.php)
  • Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  • Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  • Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  • Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.

Makluman :

1. No. kad pengenalan GPM sekolah digunakan sebagai ID Pengguna dan kata-laluan adalah 999.

2. Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Pegawai BTPN/PKG berhampiran.

Disediakan oleh : mfm

Al Fatihah

Seluruh warga PKG Kg. Pandan mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Puan Hafizah bt. Abd. Hamid yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2010. Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan ditempat bersama-sama golongan yang beriman dan dan beramal soleh.

Alfatihah.

Disediakan oleh : mfm

Taklimat Guru Perpustakaan Media

Pada jam 8.30 pagi 9hb Februari 2010, berlangsungnya taklimat untuk Guru Perpustakaan Media (GPM) selama sehari bertempat di Auditorium BTP, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Semua Guru Perpustakaan Media seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkumpul di sana bagi mendengar taklimat terkini berkenaan pengurusan perpustakaan sekolah. Urusetia yang terlibat menjayakan majlis ini adalah terdiri daripada Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Pegawai-Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPNKL dan PKG seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jadual program :
7:30 PG - 8:30 PG Pendaftaran
8:30 PG - 9:00 PG Ucapan Ketua Penolong Pengarah BTPNKL
9:00 PG - 10:30 PG Takwim Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (PSP)
10:30 PG - 11:00 PG Rehat & Minum Pagi
11:00 PG - 12:00 TGH Automasi SENAYAN
12:00 TGH - 1:00 TGH Takwim Unit Promosi, Inovasi dan Media / UPICT
1:00 TGH - 2:00 PTG Rehat & Makan Tengahari
2:00 PTG - 4:30 PTG Literasi Maklumat / Pusat Akses / IQPSS




Selain memperoleh maklumat terkini berkaitan Pusat Sumber Sekolah, semua peserta dapat berkumpul bagi berkongsi maklumat dan juga mengeratkan hubungan antara pihak GPM dan pihak BTPN/PKG.

Tahniah diucapkan kepada seluruh sekolah ahli PKG Kg. Pandan kerana telah mencapai kehadiran 100% dalam taklimat tersebut. Semoga segala ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan untuk bersama-sama membangunkan PSS sekolah.

Disediakan oleh
MSY

Sistem Kaji Selidik Penggunaan Media di Sekolah (SPMS)

PENDAHULUAN

TV Pendidikan bermula pada tahun 1972 hasil kelulusan Kertas Kabinet 1971 bagi mewujudkan Program Perkhidmatan Sebaran Pendidikan dan disiarkan melalui saluran TV2 Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menggunakan pancaran terrestrial. Sehubungan dengan itu, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (sekarang BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi geran peruntukan kewangan bagi mengurus pembekalan peralatan radio, televisyen dan alat pandang dengar kepada semua sekolah seluruh Malaysia.

Hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 September 1999 mempersetujui Memorandum Menteri Pendidikan (No: 508/2186/99 bertajuk “Penyiaran Rancangan TV Pendidikan Selepas Disember 1999” ) supaya penyiaran TV Pendidikan selepas Disember 1999 dibuat melalui stesyen penyiaran swasta yang menggunakan satelit iaitu ASTRO.

MATLAMAT KAJIAN

Matlamat utama kajian ini ialah untuk mendapatkan gambaran status peralatan, tahap penggunaan dan keperluan TV dan DVD di sekolah. Dapatan kajian ini akan menentukan justifikasi keperluan pembekalan peralatan TVLCD dan DVD ke sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah bagi mengenal pasti:

1. Bilangan TV & DVD yang terdapat di sekolah.
2. Bilangan TV & DVD yang berfungsi di sekolah.
3. Tahap penggunaan TV & DVD di sekolah mengikut kelas / tingkatan.
4. Tujuan penggunaan TV & DVD di sekolah.
5. Keperluan TV & DVD di dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.
6. Keberkesanan penggunaan TV & DVD di dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.

Senario ini mendorong KPM untuk membuat satu kajian awal status peralatan dan penggunaan TV di sekolah bagi mengenalpasti keperluan dan keberkesanan TV di sekolah. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kaji selidik Sistem Penggunaan Media di Sekolah ataupun mahu terus menjawab soalan instrumen, boleh klik ke pautan SPMS dilaman blog PKG Kg Pandan.

Peringatan :
1. ID Pengguna dan kata laluan sama seperti Sistem SSQS
2. Sila menjawab soalan secara online pada atau sebelum 10 Februari 2010.
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai BTPN/PKG berhampiran

disediakan oleh
MSY