Lawatan Projek LAN SMK Cochrane

24 Februari 2010 yang lepas, satu lawatan pemantauan projek LAN yang bertempat di SMK Cochrane telah dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja pemasangan peralatan telah selesai sebelum ianya disahkan. Pemantauan ini telah dilakukan oleh En. Abd Halim B. Abu Samah, pegawai dari BTPNKL, En. Mohd Seth B Yusof, juruteknik komputer PKG Kg. Pandan yang mewakili Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg Pandan, En Mohd Fakruddin B. Musa yang sedang mengikuti kursus, wakil syarikat BayuTronik En. Mohammed Faizal dan wakil sekolah Pn. Roz Azean bt Ramlan.

Dari pemantauan yang telah dijalankan, didapati terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan dikemaskini oleh pihak syarikat. Penolong Kanan yang mewakili pengetua juga telah dimaklumkan berkenaan perkara ini pada satu sesi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh En Abd Halim kepada pihak sekolah. Antaranya ialah:
  1. Wireless AP 4 ditingkat 2 ditukarkan diluar makmal fizik untuk kegunaan guru-guru yang berada di makmal.
  2. Trunking yang dipasang telah menutupi papan maklumat ditingkat 3.
  3. Perlu menanggalkan 1 access point tambahan, kerana tiada kabel network yang disambungkan di switch.
  4. Trunking yang menghala ke makmal fizik agak rendah dan tidak kemas. Perlu ditinggikan dan dikemaskini.

Hasil dari pemantauan ini, pihak BTPNKL/PKG Kg Pandan dan juga pihak sekolah mengambil keputusan untuk menangguhkan pengesahan UAT sehingga kerja-kerja tersebut selesai.

Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh:
MSY