Kampus Astro

Projek Kampus Astro ini merupakan inisiatif dari syarikat televisyen berbayar iaitu Astro yang mana badan korporat ini telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Kegiatan Guru.

Pada 15 Januari lepas, pihak Astro datang ke PKG Kg Pandan dan telah melakukan pemasangan peralatan dan seterusnya dapat digunakan terus oleh pihak PKG Kg Pandan. Untuk maklumat lanjut berkenaan projek ini dan juga saluran-saluran yang diberikan, boleh diperolehi dari pautan Kampus Astro di laman blog PKG Kg Pandan.

Berikut adalah beberapa gambar sewaktu pemasangan tersebut.



Disediakan oleh ;
MSY

Laporan Penggantian Peralatan ICT Sekolah

Terdapat tiga buah sekolah ahli PKG Kg. Pandan yang telah terlibat di dalam Projek Penggantian Peralatan ICT Makmal Komputer Sekolah. Sekolah yang terlibat ialah:

1. SK Tun Hussein Onn
2. SK Puteri Pandan 1
3. SJKT Kg. Pandan

Projek dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia ini telah dijalankan pada tahun lepas dan telah selesai sepenuhnya, yang mana Syarikat My-Partners Sdn Bhd telah diberi tanggungjawab untuk membekalkan dan mengkonfigurasi semua peralatan ICT yang dibekalkan mengikut standard gred makmal komputer tersebut. Antaranya peralatan yang telah dibekalkan seperti set lengkap komputer peribadi, pelayan serta peralatan ICT lain mengikut spesifikasi yang diberikan. Pihak pembekal juga perlu menyediakan salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pemasangan dan Pengujian (SPP) serta Daftar Harta Modal (DHM) setelah projek tersebut selesai sepenuhnya untuk disahkan dan di simpan oleh pihak sekolah. Pihak BTPN Kuala Lumpur khususnya PKG Kg Pandan ditugaskan untuk membuat penilaian ke atas pembekal yang mana, penilaian tersebut meliputi aspek-aspek seperti:

1. Ketepatan Masa
2. Pematuhan Spesifikasi
3. Perkhidmatan Susulan
4. Kualiti Perkhidmatan
5. Kuantiti Bekalan
6. Penampilan Pegawai

Dari pemantauan dan penilaian yang telah dibuat, didapati pihak pembekal telah menjalankan tugas mereka mengikut prosedur yang telah diberikan. Disertakan beberapa gambar projek pembekalan peralatan ICT sekolah ahli PKG Kg Pandan.

SK Tun Hussein Onn


SK Puteri Pandan 1

SJKT Kg. Pandan


Disediakan oleh ;
MSY

Projek LAN Fasa 1

Senarai Sekolah Ahli PKG Kg. Pandan Yang Terlibat Bagi Projek Pemasangan LAN Fasa 1

1. SK Seri Cheras
2. SK Desa Pandan
3. SMK Sungai Besi
4. SMK Aminuddin Baki
5. SMK Puterijaya
6. SMK Cochrane
7. SMK Convent Bukit Nanas (M)
8. SMK Perempuan Pudu
9. SMK St. Gabriel (M)
10. SMK St. John (M)
11. SMK Datok Lokman
12. SMK Taman Maluri
13. SMK Yaacob Latif

Syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan projek tersebut diserahkan kepada Bayu Tronik Sdn Bhd dan pihak PKG bertanggungjawab dalam memastikan kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lancar serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sebelum diserahkan kepada sekolah. Dari 13 buah sekolah ahli yang terlibat dalam projek ini, hanya 2 buah sekolah ahli berjaya disiapkan sehingga akhir Disember 2009 iaitu SMK Aminuddin Baki dan SMK Datok Lokman. Projek ini telah diserahkan kepada sekolah dan telah digunapakai oleh sekolah terbabit. Sekolah ahli yang lain masih lagi dalam proses pemasangan.

Dibawah ini disertakan beberapa gambar sewaktu pihak PKG Kg Pandan bersama En. Abd. Halim B. Abu Samah iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan di BTPN Kuala Lumpur memantau perjalanan projek tersebut.

1. Gambar di SMK Aminuddin Baki

Gambar di SMK Datok Lokman



Disediakan Oleh;
MSY




Selamat Datang

Selamat Datang ke laman blog Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan. Teknologi Untuk Pendidikan Bestari.

Fungsi PKG;

1. Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.

2. Sebagai pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibina secara kreatif dan inovatif.

3. Mengumpul dan menyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.

4. Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea, pengetahuan dan kepakaran di kalangan guru- guru dalam penggunaan teknopen.

5. Memupuk budaya permuafakatan di kalangan guru-guru setempat melalui semangat berpasukan.

6. Membantu meningkatkan engurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

7. Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.