Tarikh          :      21 Februari 2017
Hari              :     Selasa
Aktiviti      :     Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan Dan Media [JKGPM] Sekolah Ahli 
                             PKG Kg Pandan Bil 1/2017
Sasaran    :     Guru Perpustakaan Dan Media

Bertempat di Bilik Kuliah PKG Kg Pandan, telah berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan Dan Media [JKGPM] Sekolah Ahli PKG Kg Pandan Bil 1/2017. Kesemua Guru Perpustakaan Dan Media [GPM] sekolah ahli dijemput bagi menghadiri mesyuarat ini. Objektif mesyuarat ini dijalankan ialah untuk memberikan nafas baru dalam pengurusan pusat sumber di sekolah masing-masing. GPM yang hadir juga diberi makluman mengenai pemantauan yang akan dijalankan oleh PKG bertujuan untuk memantapkan pengurusan dan juga pengendalian aktiviti di semua sekolah. Aktiviti yang telah dibincangkan ialah program khidmat bantu pusat sumber sekolah, bengkel pengurusan pusat sumber dan juga lawatan penanda aras ke sekolah yang pernah mewakili Kuala Lumpur bagi pusat sumber cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan. Puan Arinawati Bt Mohd Yassin dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur turut hadir bersama membincangkan serta menerangkan isu-isu yang dibangkitkan.