EDARAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MBMMBI ENGLISH FORM 1 SESI 2017

Perhatian kepada sekolah menengah bagi sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan. Bahan pembelajaran untuk kegunaan sesi 2017 telah berada di PKG Kg Pandan mulai 7 hingga 31 Disember 2016. Wakil sekolah dipohon untuk hadir ke PKG Kg Pandan bagi menerima edaran bahan seperti yang telah dimaklumkan melalui emel ke sekolah yang menerima.

Penerimaan bahan ini hanya tertakhluk kepada sekolah yang mempunyai tingkatan 1 sahaja bagi sesi 2017. Sebarang pertanyaan pihak sekolah boleh hubungi pegawai di PKG Kg Pandan. Wakil yang hadir perlu membawa bersama cop rasmi sekolah untuk dicop pada Borang SAP sebagai bukti penerimaan. Prosedur penerimaan juga dilampirkan bagi membantu pengurusan pihak sekolah.

Sekian terima kasih.