MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI BIL 2/2016



Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan, telah berlangsungnya mesyuarat bagi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) bil 2/2016. Mesyuarat pada kali ini ialah bertujuan melapor status keperluan sekolah yang telah dan sedang dijalankan bersama. Disamping itu, perbincangan mengenai keperluan serta kehendak sekolah juga dibincangkan bersama. Pada akhir mesyuarat dijalankan pemilihan JK bagi tahun sesi 2017/2018. Adalah diharapkan pada tahun hadapan, kerjasama akan lebih erat dapat dipupuk bersama demi melahirkan sekolah yang lebih berwawasan dan bermatlamat pada masa hadapan.