SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina secara "on-line" dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Objektif SSQS:
1- Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,

2- Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3- Menaiktaraf piawaian dalam pendidikan,
4- Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5- Memperkasakan (empower) guru dan murid.

Bagi Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan, taklimat berkaitan SSQS 2015 akan dijalankan pada 28 Julai 2015 bersamaan hari Selasa bertempat di Bilik Kuliah. Surat panggilan kepada Guru Penyelaras ICT dan Bestari adalah diminta untuk hadir pada masa tersebut.