Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan mengucapkan salam tahun baharu 2014 kepada semua warga pendidikan di seluruh Kuala Lumpur. Dengan tibanya tahun baharu, setiap warga pendidikan pastinya mempunyai azam dan cita-cita yang ingin dicapai bagi memastikan kemenjadian dan keberhasilan murid mencapai tahap yang cemerlang. Bersama-samalah kita berusaha dan terus berusaha walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang pastinya menduga akal fikiran dan kesabaran yang perlu ditempuh. 

SELAMAT TAHUN BAHARU 2014 SEMUA !!!