LAWATAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA KE SEKOLAH AHLI
PUSAT KEGIATAN GURU KAMPUNG PANDAN


Tempat                :               Sekolah Menengah Kebangsaan St Gabriel
       Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kampung Pandan

Tarikh                    :            2 Januari 2014
Masa                     :            9.45 pagi

          Sesi persekolahan telah bermula. Pelbagai persiapan oleh pihak sekolah untuk menyambut kehadiran murid-murid lama dan juga yang baharu. Sekolah juga telah berusaha untuk meningkatkan keceriaan di kawasan masing-masing bagi memberikan pemandangan yang selesa dan juga menarik kepada murid-murid mereka. Tidak ketinggalan juga setiap kelas dan juga sudut telah ditukar wajah yang baharu seperti mengecat dan mempamerkan info-info terkini mengenai pembelajaran dan pengajaran.

        Pada tahun 2014, sebagai pembukaan sesi persekolahan yang baharu, Menteri Pendidikan Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin telah sudi turun padang untuk melangkah bersama-sama murid sekolah pada hari pertama mereka. Kehadiran beliau diiringi oleh Datuk Dr Madinah Mohamad selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Datuk Dr Khair Mohamad Yusof selaku Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu iaitu Tuan Haji Ismail bin Musa dan juga Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Tuan Haji Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah.


        Kehadiran Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin disambut meriah oleh pengetua Sekolah Menengah St Gabriel iaitu Puan Tan Loo Kee bersama kakitangan sekolah dan juga guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil iaitu Puan Rathinamal a/p Rajaia bersama kakitangan sekolah. Beliau sempat beramah mesra bersama guru-guru dan juga murid-murid di kedua-dua sekolah tersebut.