Frog Asia Sdn Bhd telah mengadakan KURSUS FROG VLE FASA 1 SEKOLAH CHAMPION DI BAWAH PROJEK 1BESTARINET KEMENTERIAN PELAJARAN PELAJARAN MALAYSIA PUSINGAN KE 2. Sebanyak 3 buah sekolah yang terpilih untuk menjalani kursus ini. Sekolah tersebut ialah:

SM Sains Selangor
SMK Taman Tun Dr Ismail
SK Seri Bintang Selatan

Peserta adalah seramai 17 orang dari setiap sekolah termasuk murid. Ini menjadikan keseluruhan peserta ialah 51 orang. Mereka telah diberi kursus oleh pakar dari Frog Asia iaitu Puan Malar, Puan Salfarizan dan En Timothy. Kursus ini dijalankan selama 2 hari iaitu 30 dan 31 Januari 2013 secara berperingkat.

Diharap peserta yang hadir dapat menghasilkan dashboard dan penggunaan lain yang menarik serta dapat berkongsi ilmu dan maklumat dengan rakan di sekolah kelak untuk kebaikan bersama.