SELAMAT HARI GURU 2012






Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dari Pusat Kegiatan Guru Kg. Pandan. Semoga tahun ini akan memberi lebih semangat dan berinovatif untuk mendidik pelajar sehingga berjaya. Sila ke pautan Bahan Muat Turun untuk muat turun Perutusan Hari Guru 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

TAKLIMAT PEMBESTARIAN DAN INISIATIF ICT


Tarikh             : 17 April 2011 (Selasa)
Masa              : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat           : Bilik Seminar, PKG Kg. Pandan
Penceramah : En. Mohd Fakruddin B Musa
Kehadiran     : 47/47 orang peserta

Seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari GICT sekolah ahli PKG Kg. Pandan telah menghadiri taklimat ini. Peserta ini telah diberi pendedahan berkaitan pembestarian ICT.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada GPB GICT terhadap pengendalian ICT  untuk Makmal Komputer dan Pusat Akses di sekolah masing – masing. 
Harapan peserta agar kursus lanjutan dapat dilaksanakan bagi memberi lebih kefahaman dalam pengurusan berkaitan ICT kepada mereka. Disertakan gambar sepanjang taklimat ini berlangsung.





Disediakan Oleh:
MSY

LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI


Tarikh: 3 Mei 2012
Masa: 8.00 Pagi - 4.30 Petang 
Tempat: 
  1. Hospital Tampin, Negeri Sembilan 
  2.  Pusat Kegiatan Guru Padang Temu, Melaka
Penganjur: 
  • Pasukan Petugas Kualiti BTPNKL
  • Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, BTPNKL
Kehadiran: 31 Orang Pegawai BTPNKL Dan PKGKL
                    6 Orang Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKGKL

            Seramai 37 orang peserta telah berkumpul di BTPN Kuala Lumpur, bagi menjayakan satu program lawatan penanda aras ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Padang Temu, Melaka. Lawatan penanda aras ini telah dianjurkan oleh Pasukan Petugas Kualiti bersama Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, BTPNKL. Dua pegawai PKG Kg. Pandan iaitu En. Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan, dan En. Mohd Seth Bin Yusof, Juruteknik Komputer serta Pn. Kamilah Binti Idris, Guru Besar SK Taman Midah 1 merangkap wakil dari JKPA PKG Kg. Pandan, juga terlibat dalam lawatan tersebut.

            Objektif lawatan penanda aras ini dibuat, adalah bertujuan bagi meneliti perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di organisasi yang berbeza bidang dan tugas rutin harian tetapi mengamalkan standard kualiti MS ISO 9001:2008 yang sama. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk berkongsi ilmu bagi tujuan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti dan Pengurusan PKG bahkan juga di BTPNKL.

            Secara keseluruhannya, objektif lawatan tersebut telah memberi impak yang positif, hasil dari penglibatan para pegawai BTPNKL dan 6 Pengerusi JKPA PKGKL. Para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sewaktu penerangan dan taklimat diberikan serta  pada sesi soal jawab berlangsung. Kesimpulannya, lawatan seumpama ini wajar dibuat dari masa ke semasa untuk membantu para peserta menambahbaik sistem pengurusan kualiti dan pengurusan PKG yang telah sediada. Disertakan beberapa gambar sewaktu aktiviti berlangsung.





Disediakan Oleh:
MSY

Anugerah Nilam 2012

Sekalung tahniah dari PKG Kg. Pandan

Kami dari PKG Kg. Pandan mengucapkan sekalung tahniah kepada dua orang calon tokoh NILAM Kuala Lumpur iaitu adik REGINA TAN JIA XIN (SMK Aminuddin Baki) yang telah mendapat JOHAN bagi kategori Sekolah Menengah dan adik CECILIA TAN XIYIE (SK PUTERI PANDAN 2) yang mendapat tempat ketiga bagi kategori Sekolah Rendah pada Pertandingan NILAM Kebangsaan 2012 yang berlangsung pada 26 hingga 29 April 2012 baru-baru ini. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha membina tabiat membaca dan melahirkan role model dalam bidang pembacaan. Bermula dengan pengiktirafan di peringkat sekolah dengan Gangsa, Perak , Emas dan akhir sekali NILAM, murid yang melepasi tahap ini diuji pula dari segi keterampilan diri masing-masing.