LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI


Tarikh: 3 Mei 2012
Masa: 8.00 Pagi - 4.30 Petang 
Tempat: 
  1. Hospital Tampin, Negeri Sembilan 
  2.  Pusat Kegiatan Guru Padang Temu, Melaka
Penganjur: 
  • Pasukan Petugas Kualiti BTPNKL
  • Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, BTPNKL
Kehadiran: 31 Orang Pegawai BTPNKL Dan PKGKL
                    6 Orang Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKGKL

            Seramai 37 orang peserta telah berkumpul di BTPN Kuala Lumpur, bagi menjayakan satu program lawatan penanda aras ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Padang Temu, Melaka. Lawatan penanda aras ini telah dianjurkan oleh Pasukan Petugas Kualiti bersama Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, BTPNKL. Dua pegawai PKG Kg. Pandan iaitu En. Mohd Fakruddin Bin Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan, dan En. Mohd Seth Bin Yusof, Juruteknik Komputer serta Pn. Kamilah Binti Idris, Guru Besar SK Taman Midah 1 merangkap wakil dari JKPA PKG Kg. Pandan, juga terlibat dalam lawatan tersebut.

            Objektif lawatan penanda aras ini dibuat, adalah bertujuan bagi meneliti perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di organisasi yang berbeza bidang dan tugas rutin harian tetapi mengamalkan standard kualiti MS ISO 9001:2008 yang sama. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk berkongsi ilmu bagi tujuan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti dan Pengurusan PKG bahkan juga di BTPNKL.

            Secara keseluruhannya, objektif lawatan tersebut telah memberi impak yang positif, hasil dari penglibatan para pegawai BTPNKL dan 6 Pengerusi JKPA PKGKL. Para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sewaktu penerangan dan taklimat diberikan serta  pada sesi soal jawab berlangsung. Kesimpulannya, lawatan seumpama ini wajar dibuat dari masa ke semasa untuk membantu para peserta menambahbaik sistem pengurusan kualiti dan pengurusan PKG yang telah sediada. Disertakan beberapa gambar sewaktu aktiviti berlangsung.





Disediakan Oleh:
MSY