1EMAIL1SEKOLAH

Surat Arahan Pengarah JPNWP KL Untuk Menggunakan 1EMAIL1SEKOLAH Sebagai Saluran Penyampaian Maklumat

Kepada semua sekolah ahli PKG Kg. Pandan, pada 20 April yang lepas satu keputusan telah dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Portal JPNWP Bil 1 Tahun 2012 iaitu semua sekolah dibawah pentadbiran JPNWP mempunyai email akaun yang selaras dan unit.

Sehubungan dengan itu, Tuan Hj. Jamaluddin Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya yang mewakili Dato' Haji Khairil Bin Haji Awang, Pengarah Pelajaran JPNWP telah bersetuju untuk menggunakan email akaun yang telah disediakan oleh Bhgn. Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur iaitu la.(kodsekolah)@btpnkl.edu.my sebagai email rasmi bagi menggantikan email akaun yang sedia ada berkuatkuasa serta merta. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut sila klik 1Email 1Sekolah bagi mendapatkan maklumat lengkap.Sekian.

Borang Maklumat Indikator

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kepada Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT (GICT), borang maklumat Indikator telah dihantar ke sekolah ahli PKG Kg. Pandan sebanyak dua kali dan perlu diserahkan kembali ke PKG Kg. Pandan sebelum atau pada 20 April 2012 yang lepas. Hingga ke hari ini 24 April 2012, pihak PKG. Kg. Pandan masih lagi belum menerima maklumat tersebut dari beberapa sekolah ahli. Dibawah disertakan senarai nama sekolah yang masih belum menyerahkan borang maklumat tersebut:
  1. SMK Cochrane
  2. SMK Cochrane Perkasa
  3. SMK Datok Lokman
  4. SMK Seri Mutiara
  5. SMK St. John
  6. SK Cochrane Perkasa
  7. SK Convent Bukit Nanas 2
  8. SK Pendidikan Khas Jalan Peel
  9. SK Sungai Besi
Mohon kerjasama sekolah ahli di atas menghantar dengan seberapa segera maklumat indikator tersebut sebelum jam 11.00 pagi hari ini. Penghantaran boleh dibuat melalui faksimili PKG Kg. Pandan 03-92830568. Sila hubungi PKG. Kg. Pandan untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih.

Bengkel Pengurusan PSS


Bertempat di Bilik Seminar, PusatKegiatan Guru (PKG) Kg. Pandan telah berlangsungnya Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi sekolah ahli PKG Kg. Pandan. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan maklumat terkini kepada Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah ahli berkenaan pengurusan pusat sumber sekolah.

Seramai 46 dari 47 buah sekolah ahli telah menghadiri bengkel tersebut. Selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan, En. Mohd Fakruddin Bin Musa terlebih dahulu memberi ucapan kata-kata aluan sebelum mempersilakan En. Zainuddin Bin Othman, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (BTPNKL) yang mewakili Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, En. Mohd Sanusi Saseetharan Bin Abdullah untuk merasmikan bengkel tersebut.

Dua penceramah telah dijemput khas dari Unit PSP BTPNKL, Puan Arinawati Binti Mohd Yassin dan Puan Rosilawati Binti Maabar untuk menyampaikan maklumat dan membantu GPM terutama bagi mereka yang baru dilantik menjadi GPM.

Secara keseluruhannya, kesemua GPM yang hadir telah memberi maklumbalas yang positif terutamanya pada sesi soaljawab. Bengkel ini amat beguna dan diharapkan agar dapat diteruskan pada masa-masa akan datang selaras dengan objektif PKG Kg. Pandan. Dibawah disertakan beberapa gambar sepanjang kursus ini berjalan.




Taklimat Greentech Dan E-Learning Moe Courseware


Taklimat Greentech dan E-Learning MOE courseware telah diadakan di PKG Sentul  pada 3 April 2012.  Taklimat bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh 28 orang Juruteknik Komputer dari Ahli PKG Kampung Pandan dan PKG Bangsar.

Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada Juruteknik peralatan komputer lama yang lebih sepuluh tahun masih boleh digunapakai jika dapat dinaik taraf (upgrade).  Penceramah jemputan, Profesor Dr. Norazli bt Othman dari UTM telah menerangkan bahan buangan peralatan komputer ini boleh diguna semula jika dinaik tarafkan, merupakan inovasi dari UTM.
.
Peserta telah diberitahu bahawa terdapat dua tempat Greentech ini boleh digunakan ialah di SK Padang Tembak 1 dan di PKG Sentul. Peserta diberikan borang soal selidik yang perlu diisikan dan borang penilaian taklimat pada hari ini.  Borang akujanji juga diedarkan bagi menilai keberkesanan taklimat ini, dan dikembalikan pada atau sebelum hari Rabu 11 April 2012.

SENARAI SEKOLAH YANG HADIR:

1.       SK Tun Hussein Onn
2.       SK Taman Midah 1
3.       SK Taman Maluri
4.       SK Taman Segar
5.       SK Desa Pandan
6.       SK Yaacob Latif 1
7.       SK Salak South
8.       SJKT Kg. Pandan
9.       SMK Cochrane
10.   SMK Convent Jalan Peel
11.   SMK Datok Lokman
12.   SMK Taman Maluri

                Turut disertakan beberapa gambar sepanjang taklimat ini berjalan.




          
           

Selamat Datang Pegawai Baru

Selamat datang diucapkan kepada En. Mohd Fazli bin Ab. Hadi yang telah memulakan tugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 pada 16 April 2012 di PKG Kg. Pandan. 

Semoga dengan kehadiran pegawai baru, akan memberi kekuatan tambahan kepada PKG Kg. Pandan disamping memantapkan lagi mutu perkhidmatan agar lebih cemerlang di masa akan datang.

"SELAMAT BERTUGAS"

Contoh Surat Permohonan GPM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kepada Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah ahli yang baru atau yang belum dilantik,di sini pihak PKG Kg. Pandan menyertakan contoh surat permohonan yang mana, GPM sekolah ahli bolehlah menggunakan contoh surat ini sebagai rujukan.

Untuk melihat contoh surat ini ,sila ke pautan Bahan Muat Turun dan klik Surat Permohonan GPM. Sebarang maklumat lanjut, boleh  menghubungi pihak PKG Kg. Pandan di 03-92830550.

Terima kasih.

Disediakan oleh;
MSY