Bengkel Pengurusan PSS


Bertempat di Bilik Seminar, PusatKegiatan Guru (PKG) Kg. Pandan telah berlangsungnya Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi sekolah ahli PKG Kg. Pandan. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan maklumat terkini kepada Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah ahli berkenaan pengurusan pusat sumber sekolah.

Seramai 46 dari 47 buah sekolah ahli telah menghadiri bengkel tersebut. Selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg. Pandan, En. Mohd Fakruddin Bin Musa terlebih dahulu memberi ucapan kata-kata aluan sebelum mempersilakan En. Zainuddin Bin Othman, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (BTPNKL) yang mewakili Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, En. Mohd Sanusi Saseetharan Bin Abdullah untuk merasmikan bengkel tersebut.

Dua penceramah telah dijemput khas dari Unit PSP BTPNKL, Puan Arinawati Binti Mohd Yassin dan Puan Rosilawati Binti Maabar untuk menyampaikan maklumat dan membantu GPM terutama bagi mereka yang baru dilantik menjadi GPM.

Secara keseluruhannya, kesemua GPM yang hadir telah memberi maklumbalas yang positif terutamanya pada sesi soaljawab. Bengkel ini amat beguna dan diharapkan agar dapat diteruskan pada masa-masa akan datang selaras dengan objektif PKG Kg. Pandan. Dibawah disertakan beberapa gambar sepanjang kursus ini berjalan.