Kursus FROG VLE

       Pada 4 dan 5 Disember 2012 bertempat di PKG Kg Pandan, telah berjalannya kursus "Peningkatan Kemahiran ICT FrogVLE Untuk Guru Cemerlang WPKL. Seramai 8 orang guru cemerlang hadir sebagai peserta bagi mempelajari serta mendalami penggunaan dan aplikasi dalam VLE ini.
     Yang Dipertuan Agung Majlis Guru Cemerlang WPKL, Pn Ding Hong Eng dari SM Sains Seri Puteri bertindak sebagai penganjur prgram ini. Jurulatih yang ada ialah En Mohd Fazli dari PKG Kg Pandan dan Cik Syam Irza dari PKG Sentul. Pada hari kedua, wakil pihak YTL telah hadir bagi menyerikan sesi tersebut. Di akhir kursus, Penolong Pengarah BTPNKL, En Zainuddin Othman hadir selaku mewakili tuan Ketua Penolong Pengarah, En Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah untuk sesi penutup. Beliau berharap agar segala pengetahuan dan pengalaman yang ditimba dapat diusahakan bersama demi kecemerlangan murid-murid di masa hadapan.