lawatan

         
           Pada 10 Oktober 2012, 3 Pusat Kegiatan Guru telah bergabung iaitu Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan, Pusat Kegiatan Guru Sentul dan Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya untuk mengadakan program lawatan ke Institut Kraf Negara yang bertempat di Rawang, Selangor. Guru Perpustakaan Media yang terdiri dari sekolah menengah telah bekerjasama untuk menjayakan program ini.
           Di sana, guru didedahkan dengan pelbagai cara dan teknik kraftangan yang ada. dikesempatan ini, guru sempat bergambar dan mengambil beberapa maklumat dan info untuk dikongsi apabila di sekolah kelak. 


dilapor oleh
Mohd Fazli Ab Hadi
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Kg Pandan

15.10.12