Penarafan SSQS

Smart School Qualification Standards 2012

5star

Untuk makluman, SSQS 2012 bagi Wilayah Persekutuan akan bermula pada 1 Ogos 2012 dan akan berakhir pada 9 September 2012. Kami di PKG Kg. Pandan berharap pihak sekolah akan mengisi SSQS ini seawal-awalnya untuk mengelakkan kesesakkan talian. Sebarang pertanyaan, pihak sekolah boleh menghubungi PKG Kg. Pandan.

Hingga 8 September 2012, jam 2.30 petang, sebanyak 43 buah sekolah yang telah selesai mengisi data SSQS. Masih terdapat empat buah sekolah lagi yang belum selesai mengisi data SSQS sepenuhnya. Hanya tinggal sehari sahaja sebelum tarikh tutup pengisian SSQS. Kepada yang telah selesai, tahniah diucapkan. Disertakan senarai sekolah ahli yang masih belum selesai mengisi data SSQS.

  1. SK Pendidikan Khas Jalan Peel
  2. SK St. Gabriel
  3. SJKC Nan Kai
  4. SMK Convent Bukit Nanas
Disediakan oleh;
MSY