Maklumat Bancian Pelupusan Peralatan ICT Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri

Untuk makluman semua Pentadbir, GPB, GICT, Guru Aset serta Juruteknik Komputer sekolah ahli PKG Kg. Pandan, pihak BTPNKL khususnya PKG Kg. Pandan telah mengedarkan borang bancian pelupusan peralatan ICT untuk setiap sekolah pada awal bulan Ogos yang lalu dan borang bancian tersebut perlu diserahkan ke PKG sebelum 10 Ogos 2012 yang lepas. 

Tetapi sehingga hari ini, 28 Ogos 2012, pihak PKG baru menerima maklumat bancian tersebut dari 20 buah sekolah sahaja, manakala selebihnya masih lagi tidak menyerahkan borang tersebut. Untuk makluman, data pelupusan peralatan ICT sekolah yang perlu di isi, bermula dari tahun 1995 hingga 2007. Jika tiada pelupusan peralatan dari tempoh tersebut, guru hanya perlu mengisi bilangan yang diterima, serta alasan mengapa peralatan masih tidak dilupuskan. Bagi sekolah yang telah membuat pelupusan, sertakan sekali salinan sijil pelupusan peralatan.

Mohon kerjasama kepada sekolah yang masih belum menghantar borang bancian pelupusan, agar segera berbuat sedemikian. Jika terdapat kesulitan untuk menghantar kepada PKG Kg. Pandan, penghantaran melalui faksimili juga diterima.Sebarang pertanyaan, sila hubungi PKG Kg. Pandan.

Disediakan oleh;
MSY